Friday, June 29, 2012

✿ Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W ✿

•✿ Wasiat Rasulullah S.A.W kepada Siti Aisyah R.A •✿ 

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh, Buat Sahabat-sahabat saya, Apa khabaq semua, Sihat, Alhamdulillah, Syukur, Salawat serta Salam buat Rasulullah S.A.W. rasul junjungan kita, serta sahabat-sahabat baginda. Kita beruntung menjadi Umat Nabi Muhammad S.A.W. banyak kelebihanya, yang tiada pada umat-umat Nabi Lain.

Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W.

Jom Beramal.

Empat hal yang diwasiatkan Rasulullah S.A.W kepada Aiysah itu merupakan pegangan hidup bagi setiap orang yang beriman dan juga pelindung bagi keselamatan diri di dunia dan akhirat.

Pertama:Rasulullah S.A.W menganjurkan membaca Surah Al-Ikhlas sebelum tidur kerana hikmah dan keutamaannya diantara nya adalah sama dengan menghatam Al-Quran.

Kedua:Rasulullah S.A.W menganjurkan banyak membaca salawat kerana dapat melapangkan rezeki, penyelamat dari fitnah dan sebagai perantaraan untuk memperoleh syafaat atau perlindungan dari Rasulullah S.A.W di akhirat nanti.

Ketiga:Rasulullah S.A.W. menganjurkan untuk mendoakan dan menolong kepada sesama mukmin. Dengan cara demikian orang-orang mukmin akan redha dan senang.

Keempat:Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk membaca tasbih, Bertahmid, Bertahlil dan Bertakbir setiap akan tidur kerana pahala dari bacaan tersebut, sama dengan melakukan ibadah haji. Ibadah haji adalah rukun iman yang harus dilaksanakan bagi orang yang mampu dan telah memenuhi syarat.Tidak semua umat muslim mampu melakukannya, maka Rasulullah S.A.W memberikan amalan yang nilai pahalanya sama dengan melakukan ibadah haji di tanah haram.

p/s : Subhanallah.. semoga menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita.. Selamat Beramal, InsyaAllah.. :)

No comments: