Mendisiplinkan anak ialah mendidik anak untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan ibubapa berdasarkan prinsip dan kepercayaan ibubapa itu sendiri. Apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dilakukan anak ditetapkan oleh ibubapa sejak anak kecil lagi. Disiplin membentuk peribadi anak dan juga akhlaknya.
Nabi SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dariku pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (HR at-Tirmidzi).
♥Disiplin untuk anak kecil tidak sama untuk anak remaja dan ibubapa perlu pelajari menangani isu berbeza berkenaan anak-anak yang lain usia. Contohnya anak kecil sehingga 7 tahun, perlu bermain dengan mereka dan berlembut mendisiplinkan mereka. Antara 7-14 tahun, perlu lebih tegas serta tekankan bab adab dan kesopanan bersesuaian dengan tuntutan agama. Bila 14 tahun keatas, remaja perlu dijadikan kawan agar mereka tidak menjauhkan diri dari ibubapa yang difikirkan tidak memahami jiwa mereka
♥Ibubapa sendiri perlu menjadi model peribadi dan akhlak yang hendak di tanamkan pada anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi sikap dan perbuatan ibubapa. Contohnya, bila anak remaja dilarang melepak dengan rakan atau di suruh solat, tentunya dia tidak akan ambil berat suruhan tersebut bila dilihatnya ibuayah tak solat dan ayah selalu lepak dengan kawan sehingga lewat malam.
♥Bahasa yang digunakan bila bercakap dengan anak serta sikap ibubapa melayan anak mempengaruhi kualiti hubungan ibubapa dan anak. Sekiranya dari kecil, ibubapa mendidik anak tanpa memperkecilkan dirinya, kerap memuji dan menghargai kelebihan dan pertolongannya, tentunya hubungan yang baik ini dapat memudahkan ibubapa mendekati anak remaja yang kerap melalui peringkat yang amat payah untuk didekati dan ditegur
♥Ibubapa perlu perbaiki hubungan dengan Allah dan jadikan diri soleh/solehah nescaya hubungan dengan anak dipermudahkanNya. Doa ibubapa buat anak dimakbulkan Allah, maka gunakan senjata ini untuk bermunajat pada Allah bagi mbentuk peribadi anak seperti yang diingini...InsyaAllah
No comments:
Post a Comment