Saturday, April 28, 2012

.•.♥.•.Seorang ibu yang menetap di rumah, menguruskan anak-anak sejak kecil sehingga memasuki alam sekolah, hari-harinya tertumpu pada aktiviti anak-anak dan urusan rumahtangganya sahaja.
Tatkala antara rakan sebaya semakin meningkat dari segi karier dengan menjawat jawatan tinggi dan menjana pendapatan ribuan ringgit serta menerima pelbagai anugerah atas perkhidmatan, sesekali tercuit rasa di hati ibu ini.
Terfikir olehnya, sudahlah tiada pendapatan sendiri, khidmatnya untuk maraih apa jua anugerah memang jauh sekali, dirinya tiada juga dikenali kerana titlenya hanyalah sebagai ibu dan isteri. Lebih malang bila suami sendiri tiada ucapkan kata tanda menghargai.

.•*''''*•. Wahai para suri, .•*''''*•.
Ketahuilah, ikhlas itu seumpama semut hitam yang berjalan atas batu yang gelap dimalam yang hitam pekat. Tiada siapa yang mengetahui kecuali Allah Yang Maha Esa. Teruskanlah khidmatmu walau tiada insan yang menghargai atau mengenalimu.
♥Yakinilah ganjaran Ilahi atas setiap pesanan dan suruhan, malah teguran walaupun dengan kemarahan atas anak-anakmu, kerana ianya meraih ganjaran pahala mendidik dan berdakwah.
♥Kepuasan hati melihat anak-anak membesar depan mata sendiri, melihat langkah pertama anak kecilmu, memujuk dengan kasih tatkala meragam sakit dan tumbuhnya gigi pertama.
♥Waktu berkualiti yang lebih kuantitinya bersama anak-anak mengeratkan hubungan anak denganmu, maka lebih mudah mendidik mereka terutama di peringkat remaja yang sering membawa pelbagai masalah
Usah dicari pandangan manusia kerana pandangan Allah sahaja yang paling hakiki.

No comments: