Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -
1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia beradatidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang beradajauh darinya.
2. Jodoh ituketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul danbersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukananda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemujodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemujodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti �magnet� yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5.Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalahuntuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadapsemua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hatidengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkanorang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8.Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untukbertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlusentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapanpertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10.Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputikpada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasabersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datangmelalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan matasecara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12.Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang danhasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secaraberterusan hingga berjaya.
13.Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakanhasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitumenyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16.Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepadaminat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada dirisendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawanlama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segeraagar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19.Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain danseronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yangmenyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayanguntuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadapsebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidaktertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

No comments:
Post a Comment