Saturday, November 13, 2010

10 sifat suami yang baik..

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Lelaki yg soleh adalah lelaki yg beriman

yg hatinya disaluti rasa takwa

yg jiwanya penuh penghayatan ttg islam

yg sentiasa haus dgn ilmu

yg sentiasa dahaga dgn pahala

yg solatnya adlh maruah dirinya

yg tak pernah takut bkata benar

yg tak pernah gentar melawan nafsu

yg sentiasa bsama-sama kumpulan yg berjuang d jln ALLAH

Lelaki yg soleh adalah lelaki yg mjaga tutur katanya

yg tak bermegah dgn ilmu yg dimiliki

yg tak bermegah dgn harta dunia yg dicarinya

yg sentiasa berbuat kebajikan krn sifatnya yg penyayang

yg mempunyai ramai kawan

dan tidak mempunyai musuh yg bersifat jembalang

Lelaki yg soleh adalah lelaki yg menghormati ibunya

yg sentiasa berbakti kpd kedua orang tuanya dan keluarga

yg bakal menjaga kerukunan rumah tangganya

yg akn mendidik anak dan isterinya mendalami islam

yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

krn dunia baginya rumah sementara menuju akhirat

Lelaki yg soleh

Adalah lelaki yg tak terpesona dgn buaian dunia

Krn impiannya adlh syurga..

No comments: